Cajana

Cajana

Wednesday, February 10, 2010

uum-perlis-uum

Seronok juga ye belajar di negeri orang, boleh tahu adat & budaya mereka. Tapi yang paling seronok dapat jalan-jalan & shopping. Semester lepas tempat pertama aku pergi melawat di utara ni ialah negeri Perlis kayangan. Teruja punya pasal nak pergi aku sanggup memecahkan rekod kehadiran aku dengan ponteng perjumpaan tutorial TITAS, tapi nasib baik aku dah buat pembentangan kalau tak aku x ponteng yer.

Tapi kesian Hanim tak dapat ikut sebab ada kuliah...huhuhu...lain kali kita pergi sama ye Hanim.

Perjalanan dari UUM ke Perlis makan masa 1 jam lebih je. Destinasi pertama kami adalah Padang Besar, dengar kata barang kat sana murah. Sampai je Padang Besar teruja nak beli belah, yela murah kata kan. Tapi hampeh, lebih kurang je cam kat luar sana..

Lepas puas meronda Padang Besar & solat kami pun beredar ke Gua Kelam pula. Dalam perjalanan kami singgah jap kat ladang burung unta. Menarik sungguh haiwan ni. Dah puas bergambar kat ladang tu baru kami ke Gua Kelam.

hmmm...sampai kat Gua Kelam pun dah petang & kami x punya banyak masa. Lepas bayar RM1 kami merentasi titi & hanya sampai ke hujung gua sahaja kami jalan.

Dah puas kat Perlis pe lagi balik Kedah semula la. Tapi tak balik UUM terus, sempat lagi kita orang pergi Alor Star berbuka puasa di Radix Fried Chicken.

Dah kenyang makan kita orang balik UUM tapi singgah jap kat Jitra sebab ada abang ni nk cari baju raya. Jalan la kita orang kat bazar ramadan Jitra sebelah bangunan Dr Rozmey. Lama gak kat situ.

Okay abang tu dah dapat baju raya. Pe lagi gerak balik UUM la. Huhh...sampai kat kolej dalam 11.30 mlm.










*mood:penat+enjoy sungguh ^_^